KNOWLEDGE

د

  • دِين

    agama

    دِين

    “Deen” atau ditulis “din” dengan erti “agama” adalah asas. Ia boleh diperincikan, ditafsirkan ertinya atau ada pengertian lain, mengikut konteks ayat, seperti “Islam” dan “pembalasan”.

    Lihat surah at-Taubah, ayat 33:

    Dia yang telah mengutuskan Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas agama seluruhnya, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

    هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

    Lihat surah al-Infithar, ayat 17 dan 18:

    Dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?

    وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ

    Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?

    ثُمَّ مَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ

    * ( الدِّينِ ) di sini ialah “al-hisab” / “perhitungan amalan” — ini menurut keterangan Ensiklopedia Makna al-Quran.

    Lihat juga ayat 6, surah al-Kafirun:

    “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

    لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

    * Maksud ayat 6 surah al-Kafirun ini menurut Tafsir Pimpinan ar-Rahman.

    * Menurut al-Bukhari لَكُمْ دِينُكُمْ adalah “kekafiran” ( الكُفْرُ ) dan وَلِيَ دِينِ adalah الإسلام (tunduk, menyerahkan diri), dan tidak dikatakan دِينِي (agamaku). Ayat itu menegaskan bahawa Islam dan kafir itu berbeza, tidak dapat disatukan dan disamakan. Kedua-duanya berjalan sendiri-sendiri. Ini seperti dinyatakan dalam Ensiklopedia Makna Al-Quran.

  • دَخَلَ

    masuk

    دَخَلَ

    Lihat ayat 35, surah al-Kahf:

    Dan dia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang dia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil dia berkata: “Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

    وَدَخَلَ جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ قَالَ مَا أَظُنُّ أَن تَبِيدَ هَٰذِهِ أَبَدًا