KNOWLEDGE

admin

  • نَامَ

    tidur

    نَامَ

    HURAIAN

    Perkataan ( نَامَ ) adalah kata kerja lepas ( الماضي ), manakala dalam bentuk المضارع yakni “sedang/sekarang” ( يَنَامُ ) dan bentuk kata kerja الأمر yakni perintah/suruhan ( نَمْ ) — kata nama ( نَوم ). Akarnya: ( ن و م )

    Lihat surah an-Naba, ayat 9:

    Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

    وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا

    Surah al-Furqan, ayat 47:

    Dan Dia (Tuhan) yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.

    وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاسًا وَالنَّوْمَ سُبَاتًا وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُورًا

    Surah al-Baqarah, ayat 255 antaranya:

    Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

    اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ

  • ذَهَبَ

    pergi, hilang

    ذَهَبَ

    Erti yang biasa dan asas digunakan bagi kata kerja ini ialah “pergi”, dan ia boleh diterjemahkan lagi dengan makna lain yang maksudnya tidak lari daripada “pergi” seperti “hilang” dan seumpamanya.

    Perkataan الذَّهَبُ (kata nama) bererti “emas”.

    Lihat ayat 17, surah al-Baqarah:

    Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

    مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَّا يُبْصِرُونَ

    Ayat 20, surah al-Baqarah:

    Kilat itu hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkan-Nya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ ۖ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُم مَّشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

    Ayat 14, surah Ali-Imran:

    Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).


    زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

    Ayat 63, surah al-Isra:

    Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannam balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.

    قَالَ اذْهَبْ فَمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاؤُكُمْ جَزَاءً مَّوْفُورًا

  • جَاءَ

    telah datang

    جَاءَ

    Perkataan جَاءَ adalah kata kerja lepas ( الماضي ).

    Kata kerja menunjukkan ‘sedang’ ( المضارع ) ialah
    يَجِيءُ — atas wazan ( على وزن ) “yaf’ilu” ( يَفْعِلُ ).

    Akarnya: ج ي ء

    Lihat surah al-Baqarah, ayat 92:

    Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu (Nabi) Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat), kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.

    وَلَقَدْ جَاءَكُم مُّوسَىٰ بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ اتَّخَذْتُمُ الْعِجْلَ مِن بَعْدِهِ وَأَنتُمْ ظَالِمُونَ

    Ayat 174, surah an-Nisa:

    Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).

    يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا

  • أَبَى

    enggan, tidak mahu

    أَبَى

    Lihat ayat 34, surah al-Baqarah:

    Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada (Nabi) Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia daripada golongan yang kafir.

    وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

    Lihat juga surah al-Hijr, ayat 31:

    Melainkan iblis, ia enggan bersama-sama mereka yang sujud.

    إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ أَن يَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ

  • دِين

    agama

    دِين

    “Deen” atau ditulis “din” dengan erti “agama” adalah asas. Ia boleh diperincikan, ditafsirkan ertinya atau ada pengertian lain, mengikut konteks ayat, seperti “Islam” dan “pembalasan”.

    Lihat surah at-Taubah, ayat 33:

    Dia yang telah mengutuskan Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas agama seluruhnya, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

    هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

    Lihat surah al-Infithar, ayat 17 dan 18:

    Dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?

    وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ

    Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?

    ثُمَّ مَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ

    * ( الدِّينِ ) di sini ialah “al-hisab” / “perhitungan amalan” — ini menurut keterangan Ensiklopedia Makna al-Quran.

    Lihat juga ayat 6, surah al-Kafirun:

    “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

    لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

    * Maksud ayat 6 surah al-Kafirun ini menurut Tafsir Pimpinan ar-Rahman.

    * Menurut al-Bukhari لَكُمْ دِينُكُمْ adalah “kekafiran” ( الكُفْرُ ) dan وَلِيَ دِينِ adalah الإسلام (tunduk, menyerahkan diri), dan tidak dikatakan دِينِي (agamaku). Ayat itu menegaskan bahawa Islam dan kafir itu berbeza, tidak dapat disatukan dan disamakan. Kedua-duanya berjalan sendiri-sendiri. Ini seperti dinyatakan dalam Ensiklopedia Makna Al-Quran.

  • العالَم

    alam, dunia

    العالَم

    benua-benua

    القَارَّاتُ

    Asia

    آسِيا

    Australia

    أُستُرَالِيا

    Eropah

    أَورُوبَّا

    Afrika

    أفريقيا

    Amerika Utara

    أَمرِيكَا الشَّمَاليَّةُ

    Amerika Selatan

    أَمرِيكَا الجَنُوبِيَّةُ

    timur

    شَرقٌ

    barat

    غَربٌ

    utara

    شَمَالٌ

    selatan

    جَنُوبٌ

    timur laut

    شَمَالُ شَرقِيٌٍ

    tenggara

    جَنُوبُ شَرقِيٌٍ

    barat daya

    جَنُوبُ غَربِيٍّ

    barat laut

    شَمَالُ غَربِيٍّ

    kutub utara

    القُطبُ الشٌَمَالِيُّ

    kutub selatan

    القُطبُ الجَنُوبِيُّ

    pulau, semenanjung

    جَزِيرَةٌ

    tasik

    بُحَيرَةٌ

    teluk

    خَلِيجٌ

    muara

    مَصَبُّ النَّهرِ

    laut

    البَحرُ

    sungai

    نَهرٌ

    bukit

    جَبَلٌ

    awan

    سَحَابَةٌ

    air terjun

    شَلَّالٌ

    lembah

    وَادِى

    puncak

    قِمٌَةٌ

    rumput

    عُشبٌ

  • لَا

    tidak, tiada/tidak ada, jangan

    لَا

    Ertinya bergantung kepada kesesuaian ayat/teks.

    Lihat surah al-Baqarah, ayat 2:

    Kitab itu (al-Quran), tidak ada sebarang keraguan (syak) padanya (mengenai datangnya dari Allah dan sempurnanya); (ia pula menjadi) petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

    ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

    Lihat surah al-Baqarah, ayat 6:

    Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

    إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

  • فَ

    maka, dan, kemudian, sedangkan, lantas/lalu

    فَ

    ( فَ ) sebutan “fa” dengan erti “maka” paling biasa digunakan, manakala erti semiripnya dan yang lain-lain sebagai penghubung berdasarkan kesesuaian ayat/teks.

    Lihat ayat 256, surah al-Baqarah:

    Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


    لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

    Lihat surah ath-Thuur ( الطور ), ayat 11:

    Maka, kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran

    فَوَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

    Lihat juga ayat 3, surah Quraisy:

    Maka, hendaklah mereka menyembah (beribadat kepada) Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini.

    فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَٰذَا الْبَيْتِ

  • وَ

    dan, demi, sedangkan, lantas, (dan seumpamanya mengikut kesesuaian ayat)

    وَ

    Erti “dan” paling biasa atau kerap digunakan, selain itu “sedangkan”, “lantas”, “manakala”, berdasarkan maksud yang sesuai pada ayat berkenaan.

    Erti “demi” — untuk mengenalinya ialah huruf akhir pada kata nama selepasnya (selepas ” وَ ” ) berbaris bawah.

    Lihat ayat 93, surah an-Nisa’:

    Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

    وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

    Lihat ayat 1, surah al-‘Asr:

    Demi masa!

    وَالْعَصْرِ

  • أَلَا

    ingatlah, ketahuilah, mengapa tidak, apakah tidak

    أَلَا

    Terjemahannya berdasarkan kesesuaian ayat.

    Lihat ayat 12, surah al-Baqarah:

    Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

    أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ

    Ayat 31, surah al-An’am:

    Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; “Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!” Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.

    قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِلِقَاءِ اللَّهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءَتْهُمُ السَّاعَةُ بَغْتَةً قَالُوا يَا حَسْرَتَنَا عَلَىٰ مَا فَرَّطْنَا فِيهَا وَهُمْ يَحْمِلُونَ أَوْزَارَهُمْ عَلَىٰ ظُهُورِهِمْ ۚ أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ

    Lihat ayat 13, surah at-Taubah:

    Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu…


    أَلَا تُقَاتِلُونَ قَوْمًا نَّكَثُوا أَيْمَانَهُمْ وَهَمُّوا بِإِخْرَاجِ الرَّسُولِ وَهُم بَدَءُوكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ أَتَخْشَوْنَهُمْ ۚ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخْشَوْهُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ