kamu (ramai)
كُم
HURAIAN
Sebutan “kum” iaitu huruf kaf berbaris depan dan mim mati. كُم (biasanya) untuk lelaki, atau digunakan sebagai bentuk kata umum untuk semua yang membabitkan lelaki dan perempuan. Ia di belakang perkataan lain.
Apabila selepasnya bersambung dengan kata nama yang ada “alif lam” ( ال ), maka huruf “mim” menerima baris untuk dibaca terus.
Ayat 6, surah al-Kafirun:
Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Ayat 22, surah al-Baqarah:
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ