berkata (dan yang sama erti dengannya)
قَالَ
HURAIAN
Kata ( قَالَ ) adalah kata perbuatan masa lalu ( الماضي )— ertinya selengkapnya, telah berkata. Akar daripada ( ق و ل ).
Kata ( يَقُولُ) merujuk kepada perbuatan yang sedang dilakukan ( المضارع ).
Kata ( قُلْ ) ertinya, “katakan” / “katakanlah”. — merujuk kepada suruhan/perintah/arahan ( الأمْر ).
( قِيْلَ ) ertinya dikatakan.
( قَول ) ertinya perkataan, kata-kata (atau yang sama ertinya) — ia kata nama tunggal ( مفرد )— jamak ( الجمع ) ialah ( أَقَاوِيل ، أَقْوَال )
Lihat ayat 131, surah al-Baqarah:
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Berserah dirilah (kepada-Ku wahai Ibrahim)!” Dia (Nabi Ibrahim) berkata (menjawab): “Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.
إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
Lihat ayat 74, surah al-An’am:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata”.
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ آزَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًا آلِهَةً ۖ إِنِّي أَرَاكَ وَقَوْمَكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Lihat ayat 8, surah al-Baqarah:
Dan antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ
* Huraian bagi maksud ayat ini: Orang-orang bermuka dua, perkataannya tidak menggambarkan apa yang ada di dalam hatinya — itulah sifat orang-orang munafik. Golongan seperti ini terdapat pada bila-bila masa, dan mereka adalah daripada golongan yang dikutuk dan dimurkai Allah. (Lihat Tafsir Pimpinan ar-Rahman)
Lihat ayat 11, surah al-Baqarah:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka berkata (menjawab): ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
* Nota: Kata ( قَالُوا ) terjemahan harfiah (terjemahan perkataan demi perkataan) “mereka berkata” — “mereka” kata ganti nama diri ketiga (dalam bentuk jamak), dapat diketahui kerana ada ( وا ) di belakang kata kerja ( قَالُ ) — dalam bentuk perbuatan lalu ( الماضي ).
Lihat ayat 89, surah al-Hijr:
Dan katakanlah: “Sesungguhnya aku ini, adalah seorang Rasul pemberi amaran dengan bukti-bukti yang nyata (mengenai turunnya azab ke atas orang-orang yang ingkar)”.
وَقُلْ إِنِّي أَنَا النَّذِيرُ الْمُبِينُ
Lihat juga ayat 59, surah al-Baqarah:
Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasiq (menderhaka).
فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا قَوْلًا غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ فَأَنزَلْنَا عَلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا رِجْزًا مِّنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ
Perkataan ( أَقَاوِيل ) boleh dilihat pada ayat 44, surah al-Haqqah:
Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas (nama) Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan.
وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ
* Nota: Itu maksud dengan tafsir — dan jika diterjemahkan patah demi patah ( تَقَوَّلَ ) “mereka-reka (kata-kata), mengada-adakan cerita, mengarang pembohongan ” , ( بَعْضَ ) “sesetengah” , ( الْأَقَاوِيلِ ) “perkataan-perkataan”