keluar
خَرَجَ
HURAIAN
Lihat ayat 11, surah Maryam:
Maka, dia keluar ke atas kaumnya dari Mihrab, maka dia memberi isyarat kepada mereka agar bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang.
* Ayat ini lanjutan kisah Nabi Zakaria. — Yakni pada ketika itu Nabi Zakaria tidak dapat berkata-kata selama tiga hari tiga malam dan terpaksalah dia menggunakan isyarat dengan tangan. Kejadian ini menunjukkan bahawa isterinya sudah mengandung. (Nota kaki daripada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman)
فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ مِنَ الْمِحْرَابِ فَأَوْحَىٰ إِلَيْهِمْ أَن سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا