KNOWLEDGE

هُم

mereka

هُم

Sebutan “hum” dimatikan huruf “mim” dan begitu juga apabila berbaris bawah disebut “him”. Dalam sesetengah keadaan, apabila membaca sesuatu ayat, “mim” menerima baris depan; seperti apabila perkataan selepas “hum” ada “alif lam” — maka, sebutan bacaan terus “humu” atau “himu” + “alif lam”, disebut “humul” atau “himul”. “Hum” lazimnya untuk lelaki, dan boleh juga umum untuk semua.

Mereka yang mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”, padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ